Meninggalkan Atau Ditinggalkan.

Hari demi hari , hatiku masih lagi tidak tenang. peristiwa hari itu masih lagi menghantui hari-hari ku.
Bila ku membuka apps counting days , hatiku semakin tidak tenang.
Aku tidak tahu samada ini ujian untukku sebelum keharamain atau apapun aku tak tahu.
Aku takut untuk meninggalkan orang-orang yang aku sayang disini.
Ada dua ketakutan dalam hatiku saat ini.
Takut jika aku yang akan meninggalkan mereka dan takut jika mereka meninggalkan aku.
Iya , Kenyataan semua yang hidup itu akan mati sudah aku ketahui.
Kenyataan bahawa walaupun aku sedia atau tak , kematian tetap akan datang itu sudah ku sedia maklum.
Namun aku tetap takut , Aku tetap risau.
Aku takut jika aku tak dapat jumpa mereka lagi di syurga nanti.
Aku takut kebersamaan ini hanya sampai didunia.
Aku tak kuat Ya Allah.
Adakah kerana kurangnya kebergantunganku pada Mu Ya Rabb ?
Ajarkan aku untuk menyerahkan segala yang aku sayang pada Mu Ya Allah.
Ujian dari rasa takut dan bimbang ini amat menyiksaku.
Semoga ada jalan keluar dari semua ini.
7 OGOS 2023
08:36 pm
Cherang , Kota Bharu.
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA :) LIKE KALAU SUKA.
Older Post