M U J A H A D A H :)
Monday, 29 July 2019 @ July 29, 2019 | 0 Comment [s]
![]()
Best kot duk scroll home facebook , biasalah kan penanam anggur tak berbuah takde keje . Scroll punya scroll , Tiba-tiba keluar lah gambar kat atas tu ! Tiba-tiba hati bermonolog "Ya Allah deepnye kata-kata mutiara al-habib umar" . Lepas tu bukak la album dalam profile aku , terfikir selama ni aku menjual diri aku sendiri ? Kat mana letaknya rasa malu ? rasa nak ping ping je pipi .
Then , hati tergerak nak delete gambar-gambar yang ada . Teringat pesan sahabat setiap kali aku nak buat pape "Babe, tajdid niat leklop ye. kerana Allah insyaallah kita akan kuat hadapi segala rintangan" - HMR
YES . TAJDID NIAT !
Dengan lafaz bismillah memang aku nekad dah nak delete gambar aku yang ada kat dalam album tuh . Alhamdulillah semua aku dah delete dan tinggal gambar yang tidak menampakkan muka macam dari arah belakang , tutup muka and yang sewaktu dengannya lah .
Tiba-tiba dapat mesej dari AAK "takdok guna jugak delete gambar yang nampak muka saja tapi gambar lain ada lagi . nak tunjuk belakang ko sapo? tak dengar ko ustaz azhar oyak ore pue ni semua part nampak seksi dimata lelaki. supo jugak duduk tayang badan tu" Haduuu sentap kot.
pandai kan permainan syaitan . cakap kat kita "alaa, takpela letak gambar dari belakang . tak tayang muka pun" padahal sama je. akhirnya semua yang ada susuk tubuh aku , aku delete .
Untuk menempuh hari-hari yang berlalu ingat senang ke ? dah biasa duk upload gambar , lepas tu duk tengok kawan-kawan upload gambar . Terasa lah jugak tergugat dan jeles nak upload jugak . Hati berkata lagi "Betul lah orang kata mujahadah ni susah" . Namun aku tetap dengan pendirian aku , simpan je lah semua gambar untuk yang Halal nanti :) tak perlu nak bagi tayang free kat orang tak layak. Alhamdulillah sehingga hari ini dengan izin Allah aku masih lagi kuat untuk tak upload gambar kat mane-mane media sosial (Facebook-Twitter-Instagram-Wechat) . Whatsapp pun aku tak letak gambar aku sendiri sebab kawan lelaki pun ada jugak kan whatsapp aku .
Doakan aku ye ! Aku perlukan doa kalian untuk terus istiqamah dalam perjuangan ini .
Sekian , Alhamdulillah
|
Take Note
ARA AZMAN:)
![]() Facebook ![]() ♥MY DREAMS:) Relationship Status ♥
![]() Blog Archieve♥
Masa Yang Berlalu tak mungkin kembali :)
|