Debaran kian terasa :')
Alhamdulillah akhirnya aku sempat nak jenguk blog ni . Dah lama rasanya tak mencoretkan cerita kat sini !
Ya .. masa tak mengizinkan . Nak cakap sibuk tu tak jugak sebab sekarang dah jadi "Penanam Buah Anggur" . Tapi tak sempat nak bukak laptop :)
Debaran kian terasa ...
Tahun ini bertambah satu lagi amanah yang perlu di jaga , yang perlu ditunaikan ! Ya Allah , takutnya :')
ada seorang hamba Allah amanahkan aku untuk mengajar anaknya yang bakal menduduki SPM tahun ini .
terkejut sangat-sangat ! Aku bukannya pandai nak ajar-ajar orang ni . aduyaiii ~
nasib baik lah dia bagi subjek yang kira okay lah bagi aku . Tapi yang tak okay nye subjek PENDIDIDKAN ISLAM ! Aku mane la pernah amik subjek ni time SPM dulu . Terpaksalah search internet semuanya -.- takkan kita nak ajar orang , tapi kita sendiri yang tak tahu format .
Ya Allah engkau permudahkanlah segala urusanku . Semoga hambaMU yang aku ajar ni mudah untuk memahami apa yang aku ajar dan mendapat keputusan yang cemerlang .
Sekarang barulah aku memahami bagaimana perasaan seorang guru . Patutlah cikgu asyik potpet potpet kat anak didiknya . Seorang guru pasti mahu melihat anak didiknya berjaya , barulah berbaloi dengan usahanya.
Ya Allah , terima kasih cikgu ! terima kasih kerana telah mengajar saya :))
"Kita takkan memahami keadaan seseorang itu sehingga kita sendiri yang melaluinya"
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA :) LIKE KALAU SUKA.
Older Post | Newer Post