Jiwa Kacau
Thursday, 13 February 2014 @ February 13, 2014 | 0 Comment [s]
![]()
Down. Down. Down. Down. Down.
Pandangan rasa kabur. Macam tak ada masa depan. Kosong
......................................................................................................................................
Macam dah tak ada masa depan, Humaira termenung sendirian.
Melihat alam. Musim panas hampir tiba. Bunga-bunga mula mekar. Rama-rama bertebangan mencari madu dari pepohon bunga yang berwarna warni. Angin bertiup lembut. Suhu yang tak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk itu menarik para makhluk ciptaan Allah Al Ghafur bertebaran di muka bumi.
Tenang. Damai.
Namun refleks keindahan alam itu tak terpantul pada wajah remaja berusia lapan belas tahun itu. Humaira serabut. Rambutnya kusut-masai. Mukanya langsung tak menunjukkan ketenangan. Tali kasut tidak berikat. Penampilannya
jelas selekeh.
Nafas dihela. Kemudian dihembus.
Telefon bimbit Samsung Galaxy SIII nya dikeluarkan. Jam 11;45am.
"Haih. Sempat ke?" Dia mendengus kasar. Jiwanya serabut. Kacau. Kosong. Rasa... lain.
Tanpa fikir panjang, tangannya pantas mendail sebaris nombor.
Tangan Humaira sejuk menunggu panggilan sebelah sana berjawab.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Humaira !" Ceria suara gadis di sebelah sana menjawab.
"Amalina.." Humaira bersuara lemah.
"Kenapa ni raa?" Keceriaan gadis di sebelah sana mengendur.
"na, aku nak tanya kau ni.. Kau jawab jujur boleh?" Serius suaranya meluncur ke corong sebelah sana.
"Eh janganlah buat aku takut. Apa dia? Insyaallah aku jawab."
Humaira menggenggam tangan. Jantungnya terasa berdegup pantas.
"Amalina.. em. lina."
"Apa dia raa?" Lantunan suara amalina lembut memujuk.
"Em. lina, kau masih doakan aku lagi tak?" humaira menelan liur.
"Ya Allah Syafiqah Humaira.. Nama kau tak pernah hilang dari doa aku. Sekali pun tak pernah. Sejak kita kenal, empat tahun lalu."
"Oh.."
"Kenapa raa? Cakaplah. Kau dah call aku jauh-jauh ni. Spill the beans, I'm listening."
"lina, aku okey."
"You are not. Kita dah kenal lama."
"Yes. Today, genap tahun keempat kita kenal." Humaira menambah.
"Ha tahu pun. Kenapa ni? Aku tahu ada yang tak kena dengan sahabat aku ni. Kau pun dah lama tak call aku."
Intonasi ceria mula kedengaran pada suara amalina.
"Lina.. Aku rasa kosong. Aku rasa jauh dari semua orang, semua benda. Aku rasa aku futur. Aku rasa macam, aku jatuh. Aku dah jauh. Aku buat dosa..." Lemah pengakuan Humaira. Tak terlafaz penuh.
Aku dah buat dosa besar. Aku hina, lina
.
Tapi itu hanya terlafaz dalam hati. Tak sanggup hendak diberitahu. Menggigil tangan Humaira. Air mata mengalir deras.
"Hm. Humaira, dengar ni. Dengar apa aku nak cakap. Humaira, dengar." amalina cuba memujuk.
Ah, dua benua terpisah dua jiwa. Namun hati mereka terus bersatu, dalam satu talian. Doa.
"Hm?"
"Allah tu Al Ghafur. Allah tu Al Ghafur, ra. Allah tu Al Ghafur." Tiga kali Amalina mengulang.
"Al Ghafur tu apa?"
Rasanya macam terlalu lama dia tak dengar perkataan tu. Rasa macam.. entahlah. Tak mampu digambarkan.
"Al Ghafur tu, Maha Pengampun. Sayang, Allah tu Maha Pengampun. Kalau dosa kita seluas langit, maka pengampunan Allah tu lebih lagi." Jelas Amalina.
Jeda. Humaira tak ada kekuatan untuk bersuara. Bagai tersekat di kerongkong.
"Kau tahu tak raa, rasa kosong yang kau rasa tu nikmat. Kau tahu tak, rasa tu sebenarnya hadiah Allah untuk kau. Okay sekarang bagitahu aku, kenapa aku kata rasa kosong tu nikmat?"
"Sebab... Bila aku rasa kosong, baru aku cari Dia?"
"Tepat! Kau rasa kosong. Kemudian kau cari Dia. Kau menangis, merintih. Kau mengadu pada Dia, yang kau rasa down. Kan?"
Angguk. Walaupun dia tahu amalina tak nampak. Pedih.
Benar. Aku cuma cari Allah bila aku ada masalah. Bila aku rasa tak tenang.
"raa, ingat tak muraqabatullah?"
"Ingat.. Tapi.."
"Muraqabatullah tu, kita rasa dekat dengan Allah. Nak tahu macam mana rasa dekat tu, bila kita rasa Allah tu Maha Melihat. Dia nampak apa yang kita buat. Kita buat apa pun, kat mana pun, dengan siapa pun, waktu bila pun, kita rasa yang kita diperhatikan Dia. Sampai kita rasa takut nak buat dosa."
Nangis. Sesak. Jauhnya beza aku dengan amalina.
"lina, bagi aku satu nasihat."
"Aik? Panjang berjela tu apa?"
amalina ketawa kecil. Buat senyumanku terukir di bibir.
"Ala please?"
"Humaira, haritu Ustaz Irsyad ada pesan masa perjumpaan Qalbun Saleem. Tajuk perbincangan masa tu pasal ketenangan hati."
Perjumpaan Qalbun Saleem. Satu program tazkirah yang diadakan setiap hari Sabtu selepas zohor di surau. Kehadiran adalah wajib. Ya , dulu aku antara manusia yang wajib tidur setiap kali program berlansung.
Nakal. Ya, sejak azali aku nakal. Sebelum tercampak ke bumi Manchester ni. Aku sudah sedia nakal. Satu-satunya manusia yang mampu bersabar dengan aku, cuma amalina. Come hell or high water, memang amalina sajalah yang sudi dengar semua masalahnya.
"Humaira, are you there? Orang membebel bukan main banyak lagi." Suara amalina yang ditinggikan memecah lamunan Humaira.
"Sorry, sorry. Aku em. Aku.."
"Tak apa. Biar aku ulang."
"Thanks dear."
"Ketenangan hati tu kita akan rasa, bila kita berada dekat dengan Allah. Kita takkan rasa tenang tu, bila hati kita jauh dari Allah. Ingat, bila kita rasa hubungan kita dengan Allah semakin jauh, cuba check, siapa yang menjauh."
Senyum. Sabar lina ni dengan aku.
"Hadam ayat aku tu baik-baik. Fahamkan sendiri." Tambah amalina lagi.
"Haha okay. Er. Last but not least, naa.. Kau masih nak jadi doktor lagi?"
Doktor. Cita-cita tu cita-cita mereka bersama sejak dari tingkatan satu.
"Em."
"Why naa?"
"Wallahualam." Berat nada suara amalina.
"Oh.." Kecewa. Sumpah kecewa.
"Insyaallah aku jadi doktor, kalau Allah dah susun itu jalan aku." amalina bernada memujuk.
Walau aku tahu, pujukan itu pujukan terpaksa. Ya, aku tahu. Mana taknya, ibu ayah Fauzan doktor. Abang kakak dia juga doktor. Aku faham.
"Takpe lina. Kalau kau nak kerja lain pun, aku tak paksa. But as for me, aku berpegang pada janji kita dulu. Nak jadi doktor psikologi. Kau taknak jadi doktor pakar jantung macam yang kau pernah kata dulu pun, aku tak apa. Aku okay. Aku taknak paksa kau."
"Maaf Humaira. Aku bukan taknak. Aku.."
"Let's drop the subject. Kat sana pukul berapa?"
"Pukul 7. Sana?"
"Masih tengah hari. Tak apa, kau pergilah siap-siap untuk solat maghrib. Maaf susahkan kau. Dari tingkatan satu kerja aku menyusahkan kau je."
"Aku minta maaf juga."
"Kau tak ada buat salah kat aku pun Amalina."
"Jaga hati, jaga mata."
"Insyaallah. Kau pun."
"Kalau hati kita terjaga, insyaallah yang lain terjaga. Jaga hubungan dengan Allah, insyaallah nanti Allah jaga kita." Pesan Amalina.
Angguk.
"Aku minta maaf semua salah silap."
"Aku nak kau ingat ni, nama kau tak pernah hilang dari doa aku. Dan tak akan pernah hilang, insyaallah."
Senyum.
"Aku minta maaf." Rasa bersalah, aku juga adakala lupa mendoakannya. Bukan hanya dia, malah lepas solat saja terus check phone. Langsung tak berdoa.
"Dah lama aku tak cakap ni.."
"Apa dia?" Hairan.
"Uhibbukifillah."
Lancar tutur Fauzan yang bermaksud aku cinta kamu kerana Allah di dalam bahasa arab.
"Hahaha! Aku taknak sebut lagi. Nak tunggu sampai kita jumpa nanti."
"Iyelah. Aku nak pergi surau dulu ni. Aku minta maaf sangat, sekarang ni aku makin busy. Kau pun faham-faham sajalah, assignment bertimbun.class full jadual padat.."
"lina, Buat yang terbaik. Aku tahu kau boleh. Aku yakin kau boleh."
"Kau pun."
"Okay assalamualaikum."
"Sampaikan salam aku pada yang lain. Waalaikumussalam."
"Eh kejap Humaira."
"Apa dia?"
"Kau tahu tak, lately aku pun down. Tapi aku tak tahu kenapa. Bila kau call, baru aku ceria. Kau pula kata kau ada masalah, kau down. Tengok betapa kuatnya chemistry kita. Kau down kat sana, aku rasa sampai sini. Okay aku pergi dulu."
"Okay.... Em, lina."
"Apa lagi sayang?"
"Em. Aku tak solehah macam kau."
"Haish apa ni? Jangan cakap tak. Cakap belum. Cakap macam ni, aku akan jadi solehah sama-sama dengan kau. Aku akan bantu kau bila kau futur. Kau akan bantu aku bila aku rasa dah tak mampu berdiri."
"Okay."
"Cakap!"
"Hahaha okay... Aku akan jadi solehah sama-sama dengan kau. Aku akan bantu kau bila kau futur. Kau akan bantu aku bila aku rasa dah tak mampu berdiri."
"Ha macam tu lah. Solehah ni susah nak capai. Tarbiyah ni proses. Jalan tarbiyah kita berbeza. Aku di bumi wakafan, kau di bumi Manchester."
"Alright."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Talian diputuskan.
Memang. Memang sejak dulu lagi.
Kalau aku demam, pasti dia juga demam. Kalau aku di surau, solat lambat, dia juga hadir untuk didenda sama.
Pernah satu hari, aku terlibat dalam satu kemalangan di Kedah sewaktu cuti sekolah. Waktu itu jam 3 pagi. Amalina mimpi aku terlibat dalam kemalangan. Dia cuba hubungi aku. Namun aku tak jawab.Telefon bimbit sudah tercampak ke mana. Dia cuba hubungi setiap orang terdekat untuk tahu keadaan aku. Sehingga dapat berita, aku kemalangan. Tepat pada waktu dia terjaga kerana mimpi.
Sejak itu, kisah ukhuwah kami jadi bualan pelajar sekolah.
Bila aku pindah sekolah juga, perkara sama terus berlaku. Bila aku demam, pasti saja amalina turut demam. Bila aku menangis, amalina juga turut bersedih. Walau tak berhubung, walau kami tak bertanya khabar, ikatan hati itu terlalu kuat. Sangat kuat. Sehingga bila aku di hantar ke Manchester, ikatan misteri ini tak pernah terputus. Cuma makin renggang. Aku pun tak tahu kenapa. Sebab itu aku tertanya-tanya, apakah dia sudah melupakan aku dalam doanya.
Jelas. Bukan itu. Tapi aku. Aku yang lupa dia dalam doa aku.
...........................................
Lalu kisah ukhuwah ini aku sematkan baik-baik dalam diari ukhuwah kita. Kawan. Hari ini aku rindu kamu. Apa khabar kamu di sana? Semoga Allah merahmati. Semoga bahagia di sana. Semoga baik-baik saja. Semoga sentiasa gembira. Doa ini, tak pernah henti kutitip untuk kamu.
Seka air mata.
Jiwa aku kacau. Jiwa aku dah dikacau sebati dengan tarbiyah. Perbualan dengan kau, perbualan penuh motivasi. Rindu. Aku rindu. Semoga ada peluang untuk kita berpimpin tangan menuju syurga
|
Take Note
ARA AZMAN:)
![]() Facebook ![]() ♥MY DREAMS:) Relationship Status ♥
![]() Blog Archieve♥
Masa Yang Berlalu tak mungkin kembali :)
|