This is Life :)
Wednesday, 18 December 2013 @ December 18, 2013 | 0 Comment [s]
![]()
Orang kata, life ni susah.
Well dalam dunia ni, benda apa yang mudah? Zaman sekarang, nak bernafas
pun susah! Kiri kanan bau asap rokok. Itu belum campur sisa buangan
sampai yang tak reti nak masukkan dalam tong sampah. Tambah dengan aroma
lontong Cik Senah belakang rumah. Peh mengancam.
Hidup ni kalau kita nak ambil jalan mudah, kalau kita asyik-asyik nak lalu shortcut, sebenarnya itulah jalan yang jauh.
Sedangkan jalan pintas sebenar, adalah jalan penuh ujian.
Tapi tak tahu lah kan kalau sekarang, dah tak boleh diaplikasikan dah
ayat yang aku bold kan tu. Sebab apa? Korupsi mungkin? Eheh.
sifir hidup ni cuma dua.
Dunia penjara, akhirat bahagia.
Atau.
Dunia syurga, akhirat binasa.
Kita boleh make out pilihan kita dari sekarang.
Sekiranya pilih yang pertama.
Hidup kat dunia ni sekali je. Maksudnya, cuma sekali je kita akan rasa susah.
Aku yakin, setiap orang pernah tidur. Dan dalam tidur, pernah mimpi.
Kadang kita rasa mimpi kita lama. Tapi bila terjaga, rupanya baru dua
jam tidur. Padahal dalam mimpi rasa dah lama. Kan?
Macam tu juga kehidupan. Kita rasa life kita lama. Sedangkan, saat kita mati nanti, kita akan rasa.. 'Sigh, what a short life.'
Jadi setiap kesakitan. Setiap pedih kita kat dunia sebenarnya tak lama.
Sedangkan dalam satu hadis Rasulullah, diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim
dan At Tirmidzi dari Abu Hurairah RA,
"Dunia adalah penjara bagi orang beriman,
dan syurga bagi orang kafir."
Let's recheck ourselves.
Bagi yang ada iman (no offense man), mereka akan terasa, terpukul,
tertembak dan segala macam ter bila baca hadis tu apabila apabila dikaji
pada diri.
Penjara lah. Why not?
Nak tengok awek seksi pun tak boleh.
Nak teguk whiskey pun tak boleh.
Shisha, rokok pun tak boleh nak sedut.
Nak bela anjing macam omputih tu, peluk-peluk anjing tu, belikan baju, permainan untuk anjing tu pun tak boleh.
Nak pegang tangan makwe pun tak dibenarkan.
Nak melawa tak pakai tudung, buat fesyen rambut ala-ala Rapunzel pun tak
boleh. Nak buat boleh, tapi nak menayang kat efbi, twider, instagram
takleh.
Sebab apa tak boleh? Sebab Allah sayang.
Ada satu analogi.
Sepasang suami isteri yang terlalu nakkan anak lelaki yang hafaz Al
Quran, tarannumnya sedap, mukanya tampan. Tapi dah dua puluh tahun, tak
dikurniakan walau seorang cahaya mata pun lagi.
Tup tup masuk tahun ke dua puluh satu, Allah kurniakan pasangan ni seorang anak lelaki.
Maka macam mana perasaan kedua ibu bapa ni tadi? Konfemlah gembira. Kan?
Dan semestinya anak ni dijaga, di didik sehabis baik. Sehingga nak ke
sekolah, dihantar. Nak ke taman permainan, diteman. Nak beli kasut,
dibeli. Nak buat apa pun dijaga. Anak ni diberi pelbagai perhatian.
Diberi kasih sayang.
Tapi si anak ni satu hari, jiwanya memberontak. Nakkan kebebasan
katanya. Dah penat pergi mana atas pengawasan ibu bapa. Nak juga enjoy
life macam orang lain. Nak juga lepak-lepak dengan kawan macam remaja
kebiasaannya.
Ibu bapa si anak ni tak benarkan. Bukan sebab mereka benci anak mereka.
Tapi sebab sayang. Sebab apa? Sebab mereka tahu, gejala sosial sekarang
bukan macam dulu. Kalau dulu krisis besar pun kalau anak pergi lastik
ayam serama pak mat hujung kampung. Sekarang ni, lastik anak dara orang
pakai ayat manis, lepas tu mulalah benda-benda yang tak diingini.
Macam tu juga kehidupan. Allah letakkan batas. Supaya kita selamat.
Nak have fun? Go ahead. Nak enjoy life? Go ahead. Tapi macam mana fun
pun, jangan pernah letak Allah sebagai yang kedua.
Dan sekiranya memilih pilihan kedua.
Nak minum arak?
Pergi.
Nak masuk keluar pub?
Pergi.
Nak usung anak dara/teruna orang?
Terpulang.
Nak hembus asap rokok kat muka orang yang lalu alang?
Suka hati.
Tapi kegembiraan ni tak kekal mana.
Sebab akan ada kehidupan kedua. Kehidupan di mana semuanya akan kekal.
Kalau sekarang dah enjoy, habislah life kedua nanti tak fun.
Nak macam tu?
Kalau kita kata, "Ala bro, sekarang enjoy. Tua nanti taubat lah bro."
Meh bro nak bagi ayat cinta kekasih bro bagi.
"Dan Allah tidak akan tangguhkan (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang."
Al Munafiqun:11
So maksudnya.
Belum tentu lagi ajal kita dah tua nanti. Boleh jadi sekejap lagi? Boleh
jadi esok. Boleh jadi tiga bulan lagi. Takde Allah nak tangguhkan
kematian kita, bila sampai masa, tak kira umur, tak kira tempat, tak
kira pangkat, tak kisahlah hensem ke tidak, kita akan pergi juga.
So renung-renungkan dan selamat beramal.
|
Take Note
ARA AZMAN:)
![]() Facebook ![]() ♥MY DREAMS:) Relationship Status ♥
![]() Blog Archieve♥
Masa Yang Berlalu tak mungkin kembali :)
|