Salam Maal Hijrah 1435H
Tuesday, 5 November 2013 @ November 05, 2013 | 0 Comment [s]
![]()
Salam Maal Hijrah 1435H
Semakin jauh perjalanan , semakin dekat kematian
Semakin bertambah bebanan , Semakin kurang keupayaan
Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan
Penuh ketenangan merempuh kehidupan
Tuluslah dengan TUHAN , tuluslah sesama insan
Berhijrahlah kita ke daerah kebaikan.
Kekadang 'JEMPUTAN KE ARAH KEBAIKAN' singgah secara tiba-tiba..
KUTIPLAH titipan kasih daripada ALLAH apabila suara hatimu berbisik: "Sampai BILA aku harus begini?" "Aku perlu BERUBAH" "bukan begini caraku BERSYUKUR padaNYA" Apabila seseorang didatangi rasa HATI yang seperti itu , bermaksud dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke arah kebaikan..sambutlah,raihlah.. Moga dirimu sentiasa berada dalam KEBAIKAN.. "Perbanyakkan amalan, tinggalkan kemaksiatan"
Alhamdulillah..
1434H telah melabuhkan tirainya setelah berkumandangnya azan maghrib semalam , dan 1435H bakal mendepani kehidupan kita. Pelbagai ragam dan pengalaman kehidupan telah kita rakamkan. Semoga 1434H yang telah kita tinggalkan memberikan kebaikan kepada kehidupan kita, dan alangkah malang kiranya berlalu dengan kerugian. Firman Allah SWT.:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sentiasa bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya rugilah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) dengan kekotoran (dosa dan maksiat).” (As-Syam:8-9)
Adakah anda semua tak lupa baca doa akhir tahun pada akhir waktu asar semalam ?
dan adakah anda semua tak lupa baca doa awal tahun selepas waktu maghrib semalam ?
Memperingati Hijrah Rasul pasti tidak lengkap tanpa kita menelusuri pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat RA dalam meneruskan misi rahmatan lil ‘alamin saat mereka melewati marhalah awal dakwah. Saban tahun tatkala kita melewati tahun hijrah, serah dan kisah mereka akan kita ulang dan hidangkan buat umat Islam hari ini. Apakah hidangan yang indah dan mulia itu telah membangkitkan selera iman kita atau hati kita masih hambar dan tidak terpanggil untuk menjadikan ibrah hijrah sebagai momentum perubahan dalam kehidupan kita?
Ikhtibar Yang Membangkitkan Jiwa
Peristiwa hijrah antara peristiwa yang besar kesannya dalam lipatan sejarah Islam. Pada peristiwa itu, umat Islam di Makkah bersama Rasulullah SAW diperintahkan Allah berhijrah ke Madinah. Walaupun berat hati dan kecintaan menebal terhadap kota Makkah, Baginda SAW berserta umat Islam yang setia dengan Rasulullah SAW tetap menjunjung titah perintah Ilahi tanpa berbelah bagi untuk membuka lembaran baru diari kehidupan umat Islam.
Justeru antara pelajaran yang boleh kita pelajari untuk manfaat kita pada fasa ini adalah;
i. Miliki tujuan dan matlamat yang jelas dalam kehidupan kita. Hidup kita sebagai muslim tidak boleh terpisah daripada tujuan penciptaan kita iaitu sebagai hamba Allah SWT yang mutlak. Misi kehidupan kita adalah mentauhidkan Allah SWT pada setiap saat dan dalam setiap situasi. Samada ketika susah mahupun senang, ketika berseorangan atau di tengah kehadiran manusia.
“Katakanlah (Muhammad), ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.” (QS. Al-An’am: 162).
ii. Sabda Nabi SAW “Tidak ada hijrah setelah pembebasan kota Makkah, tetapi jihad dan niat.” (Hadis riwayat Muslim) dan sabda Nabi SAW lagi; “Dan seorang yang hijrah adalah yang meninggalkan larangan Allah SWT. (HR. Bukhari)”.
Maka kita dituntut untuk hijrah melakukan pembaikan / pengislahan pada diri kita sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Hari ini sudah menjadi kebiasaan sebahagian umat Islam hidup dengan apa yang ditegah oleh Allah SWT. Malah menjadi satu kebanggaan jika maksiat itu diketahui umum.Apakah kita sudah menghampiri kiamat? Sabda Nabi SAW;
“Ketika dunia berada hampir di penghujungnya, kamu dapati maksiat dilakukan secara terang terangan. Zina dilakukan dengan sewenang-wenangnya persis seperti perilaku haiwan. Yang tinggal hanyalah manusia yang keji dan buruk perangainya. Ketika itulah berlakunya kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)
iii.Untuk kita menjadi soleh / solehah, pasti akan ada ujian, mehnah dan tribulasi. Dan pada setiap fasa kehidupan untuk kita tetap istiqamah sebagai muslim dan mukmin, akan semakin berat ujiannya. Hijrah kepada kebaikan tidak diraikan dengan sorakan ribuan penonton final bolasepak.Atau dibentang dengan siaran langsung karpet merah ala Academy Award. Tidak! Ianya penuh ranjau dan duri. Penuh derita dan tekanan. Dikelilingi jerangkap dan muslihat. Namun janganlah kita mudah mengalah, menyalahkan suasana yang ada, buntu, membiarkan kita tewas dan kecundang dengan ujian dan tidak sabar menanti pertolongan Allah SWT. Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang ikhlas berhijrah meninggalkan larangan-Nya dan istiqamah dalam kebaikan, dengan syarat sentiasa sabar. Firman Allah SWT;
“Orang beriman yang sabar dengan ujian dan cubaan, hingga mampu melewatinya, maka Allah SWT tidak menyia-nyiakan kebaikannya itu. Dia berfirman, “Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati.” (Al-Baqarah: 112).
iv.Kejayaan tidaklah dicapai dengan mudah bahkan ia menagih 1001 pengorbanan. Siapkan mental, perasaan, hati dan jasadi untuk berkorban meraih kejayaan. Tanyakan kepada mereka yang sudah berjaya, kejayaan mereka bukan dengan angan-angan atau sambil lewa, tetapi kerja kuat, istiqamah, berjihad, dan terpenting berkorban. Ada yang korbankan masa bersantai, masa outing, masa tidur, masa melepak dan masa bermain demi mengejar kejayaan masa depan. Rasulullah SAW berkorban meninggalkan kampung halaman, ada sahabat yang tinggalkan isteri dan anak-anak, ada yang tinggalkan kekayaan dan kesenangan, semuanya dilakukan kerana Allah dan demi kesinambungan legasi Islam. Itulah harga yang perlu mereka ‘bayar’ saat itu. Hijrah adakah sebuah pengorbanan.
“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (Al Baqarah: 207)
|
Take Note
ARA AZMAN:)
![]() Facebook ![]() ♥MY DREAMS:) Relationship Status ♥
![]() Blog Archieve♥
Masa Yang Berlalu tak mungkin kembali :)
|