ALLAHUAKBAR :'(
Hari ini aku bangun dengan senyuman..
Alhamdulillah ku ucapkan padaMU Ya Rabbi..
kerana masih lagi memberiku peluang untuk terus meminjam oksigenMu..
kerana masih lagi memberiku peluang untuk bertaubat padaMu..
Jam berganti jam.. Minit berganti minit.. Saat berganti saat..
Sedang aku leka bermain game..
tiba-tiba seluruh tubuhku terasa kejang ..
perutku memulas sakit tak terkata!
seluruh tubuhku sejuk membeku..
Untukku bertutur sungguh tak mampu !
Sakit itu tak dapat ku gambarkan bagaimana sehingga sakit itu terasa sampai di kerongkong !
Di saat itu , hatiku berbicara ..
"Telah sampaikah ajalku? Beginikah sakitnya sakaratul maut? tapi bukankah sakaratul maut itu sakitnya sama dgn tusukan tiga ratus pedang?"
Sungguh sukar untuk aku bernafas ketika itu..
Aku terus mengucapkan "La ilaha illallah" tanpa henti ..
Airmataku mengalir ..
mengalir mengingatkan dosaku..
dosa semalam ? sudah bertaubatkah aku?
Dalam keadaan kotor dengan dosa macam ni ke aku nak pulang menghadap Ilahi ?
10 minit kemudian .. Sakit itu semakin hilang ..
Akhirnya semua kembali seperti sediakala !
Ya Allah sungguh AjalMU tak kenal TaubatKu :'( :'(
Alhamdulillah masih diberi peluang ..
Terima Kasih Ya Allah kerana sentiasa memberiku peringatan saat aku mula lalai dengan tipu daya dunia :')
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA :) LIKE KALAU SUKA.
Older Post | Newer Post