Allah Kekuatanku :)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :')
Alhamdulillah! setelah sekian lama menyepi di laman ini, akhirnya aku kembali menulis .
Sungguh cepat masa berlalu tanpa kita sedari , Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita :'( Apa yang dapat kita kutip selama Sebulan Ramadhan datang ? dapatkah kita capai erti Taqwa itu ?
Alhamdulillah ..
Allah makbulkan doaku sebelum Ramadhan tiba . Aku berdoa agar Ramadhan tahun ini berbeza dan lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.
Ramadhan aku tahun ini memang berbeza ! Sehari sebelum Ramadhan tiba , aku telah diberi ujian oleh Allah ! Ujian untuk menguji keimananku !
Ujian ini sungguh menguji kesabaranku dan pergantunganku padaNYA .
Sungguh benar ! Bila Allah timpakan ujian pada kita , sebenarnya Allah rindu pada kita. Rindu rintihan kita. Sungguh saat itu aku rasa lebih dekat denganNya. Bila terasa lemah , bila airmata mula mengalir . aku putuskan untuk hamparkan sejadah dan sujud padaNya ! Menangis dihadapanNya. Merintih dihadapanNya . kerana aku tahu , kekuatanku hanyalah Allah ! :')
Sungguh ketenangan itu aku perolehi bila aku mengadu padaNya.
Semakin hari , luka dihati aku semakin pulih ! Kekuatan yang aku cari untuk terus bangkit semakin aku temui ! Sehinggalah hari ini , Alhamdulillah aku kuat menghadapi hakikat ini . Tak semua yang kita mahu itu baik untuk kita ! Allah tak bagi apa yang kita mahu tapi Allah bagi apa yang kita perlu :))
Terima kasih juga pada sahabat-sahabat yang tak putus-putus bagi semangat kepadaku ! :') Alhamdulillah sekarang aku sudah mampu hapus airmataku dan mampu untuk mengukir senyuman itu.
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA :) LIKE KALAU SUKA.
Older Post | Newer Post