Keimanan Adalah Paksi #Sinergi
Sunday, 7 July 2013 @ July 07, 2013 | 0 Comment [s]
![]()
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah akhirnya penantian sahabat ana HARISA MUNNA akan berakhir ;) sebenarnya ana cakap dekat dia taknak update lagi tadi . hehe , nak buat suprise ! when dia stalk blog ana , mesti dia terkejut sebab dah ada . *maafkan ana ya enti* . Alhamdulillah , beberapa hari yang lepas ana dah habis baca novel sinergi karya hilal asyraf nih ! sungguh best cerita dia . no words can describe it :)
Sinopsis kat belakang buku ni berbunyi ...
Ukhwah dua sahabat , Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi , menyebarkan 'aura' harmoni kepada masyarakat sekeliling khususnya pelajar melayu di Jordan. konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha. bukan konflik dengki mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhwah yang berlandaskan #keimanan.
Disaster five hadir dengan misi membuat kacau bilau. konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhwah mereka. irfan dan rakan-rakan bertindak balas untuk "menawan". tetapi siapa yang menawan siapa?
sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster five , ada insan yang lebih besar dendamnya dan lebih licik tindakannya, dia adalah... secret.
... Itulah sinopsis yang ada kat belakang buku tuu :) bace sinopsis je memang lah tak bagi impak pun dan tak tahu jalan ceritanya kan ? so kena lah bace novel tu . confirm tak menyesal lah ! hehe :)
untuk memenuhi janji ana dekat sahabat ana , meh ana ceritakan serba sedikit yang ana dapat manfaat dari novel ni .
Irfan dan Rasyid atau dikenali sebagai asid memang bersahabat rapat sangat ! sampaikan mereka digelar "kembar irbid" . Asid alah dengan sejuk dan Irfan pulak alah dengan cuaca panas :) mereka brkawan sejak di sekolah rendah lagi . bila ayah dan ibu irfan meninggal , family asid ambik irfan jadi anak angkat mereka . bila di sekolah menengah , mereka beerpisah . asid ke sekolah lain dan irfan ke sekolah berasrama . katanya nak berdikari dan taknak menyusahkan keluarga asid . Bila nak masuk U , mereka merahsiakan kemana mereka akan sambung . tutt..ttutt mereka berjumpa dekat jordan :D sweet sangat diorang ! mereka saling melengkapi . bila musim sejuk , asid akan menggigil krn tak tahan sejuk . maka irfanlah yang teman asid . masakkan bubur untuk asid , mengenggam tangan asid untuk salurkan haba . Allahu .. sungguh indah ukhwah kerana Allah :)
Sara Nasuha ? sebenarnya asid dah jatuh hati dekat sara nasuha . tapi dia rahsiakan dari irfan ! dia hanya cakap yang dia dah jatuh hati dekat seseorang , tapi dia tak cakap nama siapa. satu hari irfan pun cakap yang dia bakal bertunang . dan irfan juga rahsiakan siapa calonnya itu dan dia janji akan bagitahu bila dia nak balik Malaysia untuk majlis pertunangan. bila tiba hari itu .. asid bertanya nama calon irfan . dan irfan cakap "Sara..." belum sempat irfan habiskan kata-katanya asid dah mencelah "saraa?? ohh..ak ad hal . ak mintak diri dulu ye" dan asid terus keluar rumah.
"Ku bina hubungan kita atas keimanan , aku cintakanmu kerana Allah , maka kau daripada diriku aku lebihkan. walau itu menuntut pengorbanan"
walaupun asid rasa terluka . namun inilah Ujian untuk menguji tahap keimanan ! Ujian dalam persahabatan mereka. baginya , Allah nak uji keikhlasan persahabatannya dengan irfan . dia cuba tabahkan hatinya . Hidup mana yang tidak ditimpakan ujian ? dan Allah tidak menguji hamba-hambanya melainkan dengan apa yang hamba-hambanya mampu lalui . Allahu .. kalau anda ditempat asid mcm mne ? ape yang akan anda lakukan ? sure dah gadoh dengan sahabat anda kan ? cek balik dasar persahabatan kalian :)) namun , kerana asid ingat apa yang irfan pernah cakap dekat dia dahulu iaitu "Aras tertinggi dalam persahabatan adalah #ITSAR yakni melebihkan sahabat daripada diri sendiri. dan aras paling rendah pula adalah bersangka baik dan berlapang dada. andai tiada sangka baik musnahlah hubungan persahabatan ini"
Bila sahabat baik kita juga mencintai orang yang sama kita cintai memang sakit kan ? sesungguhnya Allah sebenarnya sedang menguji keikhlasan ukhwah kita dengan sahabat kita . Allah juga sedang menguji atas apa cinta kita pada orang yang kita cinta itu terbina. atas imankah ? Iman bukan boleh kita iktiraf dengan mulut. iman ini adalah apa yang tersemat dihati kita , seterusnya kita terjemahkan melalui amal. apa yang sedang kita hadapi inilah yg mmbuktikan apakah benar2 terbina atas keimanan.
Disaster five pulak kuat buat kacau dekat irbid . kerana sikap seorang ustaz mereka semasa disekolah rendah , membuatkan mereka fikir semua orang yang baik , alim ni semua berpura-pura . tipu ! kerana ustaz mereka itu didepan baik , beri ceramah sana-sini . lastly mereka dapat tahu yang ustaz itu mengedar dadah . rogol pelajar perempuan . Namun hebat sungguh irfan mendekati mereka sehinggalah semua mereka berubah dan irfan dan warga PERMAI berjaya mengubah perpeksi mereka terhadap orang yang baik , alim ..
"Hidayah adalah milik Allah , mereka yang mempunyai kefahaman islam , tugasnya menyampaikan , bukannya menghukum"
"kalau benar mereka teruk , kita perlu mula mendekati mereka . dakwah mereka agar mereka faham akan islam. masalah kepada perkara begini biasanya bermula daripada masalah KEIMANAN. Nama sahaja islam , tetapi tidak mempunyai keimanan kepada Allah menyebabkan diri tiada akhlak muslim"
SECRET ? siapakah dia ? dia adalah pelajar tahun satu . nama dia syafiq .. dia menyambung pelajaran ke jordan semata-mata nak balas dendam untuk abangnya amir hudzaifah yang terlibat dalam tragedi hitam bersama Irfan . Amir seorang pelajar bermasalah . sampai satu hari dia ajak irfan ke atas bangunan rumah mereka dan dia ajak irfan bergaduh . namun irfan hanya mengelak. dan sampai satu ketika irfan , akibat dpd refleksi silat irfan , amir telah terjatuh dari bangunan dan mati . Syafiq telah menculik sara nasuha untuk mengugut irfan datang ke atas bangunan untuk dia selesaikan dendamnya . irfan datang untuk selamatkan sara nasuha . dan disitu juga asid dan sahabat yang lain muncul untuk membantu irfan. namun mereka tak dapat untuk mendekati syafiq kerana jika tidak sara nasuha akan di lepaskan jatuh dari bangunan oleh syafiq . akhir sekali dengan pertolongan ahli desaster five , sara nasuha berjaya diselamatkan . dan sebelum itu irfan cakap "lepaskan sara , dia bukan tunangan aku" semua yang ada disitu macam terkejut terutama asid . rupa-rupanya kembar sara nasuha iaitu sara afifah tunang irfan . syafiq akhirnya insaf . dan asid akhirnya kahwin dengan sara nasuha dan irfan dengan kembar sara nasuha .
SINERGI : Dua orang yang bersama-sama , mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa. 1+1=3 bukan 2 :))
T A M A T
|
Take Note
ARA AZMAN:)
![]() Facebook ![]() ♥MY DREAMS:) Relationship Status ♥
![]() Blog Archieve♥
Masa Yang Berlalu tak mungkin kembali :)
|