Rindu Padamu Sayangku :')
Bismillahirrahmanirrahim ..
Alhamdulillah semalam 130613 diizinkan Allah untuk ke majlis ilmu bersama ustaz azhar idrus di Stadium sultan muhammad IV kelantan . sungguh gembira hati ini dapat bertemu dengan sahabat usrah #teamhijrahkelantan . kami sama-sama duduk mendengar kata-kata mutiara dan penawar hati dari ustaz azhar .
Alhamdulillah walaupun tak dapat melihat wajahnya , suaranya sudah memberi sedikit penawar . Bak kata ustaz azhar "janganlah kita bermegah dgn benda yg kita ada , jangan bermegah dgn benda yang tak boleh bawak ke akhirat pun. Ada kereta mewah sekalipun , nanti mati tinggal atas dunia jugak"
Semalam terpaksa pulang awal , sebab migraine menyerang tiba-tiba . sungguh berat hati ini ingin berpisah dengan sahabat tersayang :') rasa nak menangis je time nak balik tuu . sungguh manis ukhuwah kerana Allah. Alhamdulillah sungguh diri ini beruntung kerana ditemukan dengan sahabat yang solehah yang banyak membimbing diri ini menuju Redha Ilahi. syukran ukhti fillah ! uhibbukum jiddan-jiddan :)
Aku harap dapat bertemu lagi dengan mereka nanti usrah . Rindu yang teramat sangatt ! rindu kak ika ! rindu kak fie ! rindu semua ukhti team hijrah !
Dia tahu perangai saya yang gila-gila ,
Dia tahu kelemahan saya ,
Banyak kali saya buat silap ..
tapi dia tetap bersahabat dengan saya ..
dia tegur kesalahan saya ..
sebab dia nak masuk syurga dengan saya ..
Dialah yang saya gelar sahabat <3
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA :) LIKE KALAU SUKA.
Older Post | Newer Post