La Taghdab Ya Habibati ♥
::Bismillahirrahmanirrahim ..
Pada suatu hari , datang seorang pemuda kepada Rasulullah dan berkata : "Wahai Rasulullah , berikan aku nasihat"
Rasulullah SAW menjawab : "Jangan Kamu Marah"
Lelaki itu bertanya lagi , "Apakah ada lagi nasihat yang lain?"
Rasulullah menjawab , "Jangan kamu marah"
Sekali lagi lelaki itu bertanya , dan Rasulullah menjawab , "Jangan Kamu Marah"
Betapa sabarnya Rasulullah dalam mengajak umat kepada islam. Dengan ketabahan baginda itulah , manusia hari ini dapat menikmati nikmat iman dan islam. Andai Rasulullah dahulu marah-marah , benci-benci , maka iman dan islam itu tidak akan dirasai manusia hari ini , dan perjalanan dakwah itu akan terbantut.
Berjaya untuk sabar adalah ukuran kondisi keimanan seseorang . Sabar tidak beerti kalah . Malah yang sabar itu adalah pemenang . Dimenangkan oleh Allah SWT disisinya.
"Apakah kemuliaan yang lebih besar ? Apakah kesenangan yang lebih besar , selain Allah SWT bersama kita ?"
Allah berfirman :
"...Dan Allah itu bersama orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah ayat 249)
Allah bersama orang-orang yang sabar sahabatku , apakah besar dugaan yang datang , berbanding dengan besarnya Allah bersama kita ?
Namun siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah bersama-samanya pada saat dia di duga ? siapa antara kita yang yakin bahawa Allah SWT itu bersama-samanya saat marahnya dijungkit ?
Jadi akhirnya , Iman kita juga yang membantu kita untuk merasai bahawa Allah ada bersama kita , ketika kita sabar. Apabila kita sabar , Allah bersama kita ! Dan manusia beriman sahaja mampu merasakannya.
Siapa yang tidak berasa Allah bersama dengannya ketika dia sabar ?
Siapa yang rasa bahawa kesabarannya itu adalah sia-sia ?
Maka jangan tanya kenapa diri tidak boleh sabar. Jangan tengok diri , emosi dan sebagainya.
Mari kita tengok dan periksa kembali iman kita . Bila kita tidak mampu bersabar , sebenarnya iman kita ada masalah . Kerana imanlah yang menjadikan kita yakin bahawa Allah bersama dengan kita .
Jadi , marilah kita bersabar dengan segala dugaan . Jangan mudah melenting dengan ujian yang tiba. Yakinlah , Allah swt itu bersama kita . Mari kita Muhasabah , dan betulkan keimanan kita ;)
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA :) LIKE KALAU SUKA.
Older Post | Newer Post