Kembali kepada fitrah asal :)
Saturday, 15 June 2013 @ June 15, 2013 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum.. Fitrah kita sebagai seorang manusia sentiasa inginkan kebaikan. Fitrah kita sebagai seprang hamba Allah itu , kita akan sentiasa mahu kembali kepada Allah . Disaat hidayah menyapa diri , sambutlah hidayah itu dengan memulakan langkah kita untuk kembali ke jalan Allah . Namun , ramai yang takut . Ramai yang menjadikan pandangan manusia sebagai penghalang penghijrahan mereka kembali pada Allah . Kenapa Sahabat ? adakah kita hidup kerana manusia ? adakah kita terlalu hidup mewah sehingga kita tidak sedar diri kita ini siapa ? Sahabat ! sedarlah , walau kita punya banyak mana pun harta benda di dunia ini , semua itu tidak akan kita bawa masuk kubur ! semua itu akan ditinggalkan didunia. namun apakah yang kita akan bawa ? yang kita akan bawa adalah amalan ! Sahabat, kita semua sama ! kita adalah HAMBA Allah !! kita adalah HAMBA ! apakah fungsi kita sebagai seorang hamba ? fungsi kita mentaati tuan kita . Siapakah tuan kita ? ALLAH yang satu ! DIA lah yang menciptakan kita . apakah amalan yang kita nak bawa untuk menghadapNYA ? Sesungguhnya dugaan selepas berhijrah itu lebih dahsyat daripada sebelumnya. Ujian dan dugaan adalah suatu perkara yang hampir pasti ditempuhi oleh para pendakwah, sebagaimana Rasulullah SAW diuji dengan pelbagai ujian getir.. Di jalan ini, Nuh menangis. Wahai diriku...please.., jangan mudah kecil hati atau putus asa saat dihina, dicaci, atau dituduh hanya kerana kau berdakwah. |
Take Note
ARA AZMAN:)
![]() Facebook ![]() ♥MY DREAMS:) Relationship Status ♥
![]() Blog Archieve♥
Masa Yang Berlalu tak mungkin kembali :)
|