Bersyukurlah dan Hargailah :')
Monday, 10 June 2013 @ June 10, 2013 | 0 Comment [s]
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk meminjam oksigen darimu untuk aku meneruskan hidupku sebagai seorang hambamu di dunia ini . Semoga diri ini dapat berfungsi dengan baik sebagai seorang hamba. Jam berganti jam , minit berganti minit .. Maka berkumandanglah Azan zohor menandakan masuknya waktu zohor . Diri ini terasa sungguh lapar kerana masih lagi belum menyentuh makanan hari ini . aku ke dapur dan bancuh air milo . Usai minum , aku melangkah ke bilik . Di saat aku mahu menghampiri pintu bilik , tiba-tiba angin dari tingkap sebelah kanan ku menyapa dan langsir di depanku terkuak . Ya Allah aku tersentap dengan apa yang aku lihat di sebalik tingkap . Di fikiranku tertanya-tanya "sudah makankah dia ? dahagakah dia ?" Ya Allah , lama aku menatap muka tua itu . Terserlah keletihan di wajahnya . Demi mencari rezeki yang halal , dia sanggup berjemur panas . itulah dia seorang bapa . Sungguh kecewa hatinya seandainya anak-anaknya tidak belajar bersungguh-sungguh. Janganlah kita semua mengecewakan hati ibubapa kita . cubalah untuk beri mereka yang terbaik sebagai balasan kepada penat lelahnya mencari rezeki untuk kita . Aku doakan pakcik itu dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dibawah jagaan Allah . semoga usahamu tidak sia-sia wahai saudara seislamku :') Bersyukurlah dengan nikmat yang kita perolehi kerana di luar sana masih ramai yang tidak dapat apa yang kita dapat . |
Take Note
ARA AZMAN:)
![]() Facebook ![]() ♥MY DREAMS:) Relationship Status ♥
![]() Blog Archieve♥
Masa Yang Berlalu tak mungkin kembali :)
|