Sungguh menyakitkan disaat ia pergi ..
Sendirian di rumah sungguh mendamaikan . ia seakan memberi aku peluang untuk menghayati kehidupan yang telah aku lalui dan mencari makna disebalik kekeliruan dan keresahan hatiku ini :') Aku menatap dada langit yang sungguh indah untuk mencari kedamaian disitu . Namun tidak ku temui jawapan bagi keresahan di hati ini . aku terus berjalan mengelilingi halaman rumah . aku berhenti duduk di wakaf di tepi kolam ikan ..
Betapa tenang air mengalir namun tak setenang hatiku yang mencari jawapan dari beribu persoalan yang bermain di minda ku kini ..
Ku lihat langit kembali .. ohh siang sudah mahu melabuhkan tirai . aku melangkah untuk masuk ke rumah dengan berkata di dalam hati "Mungkin esok akan ku temui jawapannya" . Bila aku mahu melangkah ke dalam rumah , kakiku tersadung dan aku terus jatuh menyembah bumi seraya menyebut "Ya Allah sakitnya" .
Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang menerjah kotak ingatanku . aku terus mengalirkan airmata . Aku sudah dapat jawapannya .
Akhir-akhir ini hidup aku terasa kosong ! hatiku terasa sakit . sungguh ! sungguh tak dinafikan aku jarang berzikir pada Allah akhir-akhir ini :( ampunkan aku Ya Rabb ! kerana Aku telah sisihkanmu disaat aku gembira . Namun menyebut namamu di saat aku mendapat musibah ! sungguh aku malu . Ya Allah , janganlah engkau bolak balikkan hatiku setelah engkau memberiku hidayah dan petunjuk MU ! aku merindui untuk merasa manisnya hidayahMU Ya Allah ! pimpinlah aku menuju jalanmu dan tetap dijalanMU..
Ingati daku
seandainya aku lupa pada tuhan
diwaktu kelapangan dan kesibukan
dan juga kesenangan dan kesusahan
Ingati daku
zahir dan batinku dengan keislaman
jangan pula auratku didedahkan
semakin singkat , nipis dan dijarangkan .
Ingati daku
Hakikatnya diri ini Milik Yang Maha Kuasa
diserahkan jiwa dan raga
menjadi tumpuan hati buat segala-galanya
Ingati daku
untuk menjadi seorang sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
kisah akhirat sebagai peringatan
Ingati daku
untuk bercinta hanya keranaNYA
mengutamakan sifat seorang yang beriman
supaya menjadi benteng kukuh dari hasutan syaitan ..
Kalau ada rasa putus asa dalam perubahan , tarik nafas dalam-dalam .. Tenang !
Butakan mata , pekakkan telinga , biarkanlah mereka .
Didiklah hati untuk terus sabar :)
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA :) LIKE KALAU SUKA.
Older Post | Newer Post