Mujahadah Cinta
Friday, 15 March 2013 @ March 15, 2013 | 0 Comment [s]
![]()
Tangannya ligat menyusun barangan serta buku-buku yang berselerakan di atas lantai dan meja belajarnya. Mulutnya bernyanyi kecil nasyid kegemarannya, Seiring Sehaluan. Beberapa hari lagi dia bakal meninggalkan tanah air untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di United Kingdom. “Tunggu UK! Aku datang bagi menyahut cabaranmu!” teriak hati kecilku. Aku mengoyak senyum sendiri. Aku menyambung tugas-tugasku yang kini beralih pula pada pemberian dan memori-memori daripada teman-teman ketika zaman persekolahan dulu.
Tiba-tiba tanpa aku sedari, tanganku tertepis sebuah novel di atas meja. Hatiku beristighfar sebentar lantas segera novel tebal itu kucapai. Mataku tertancap pada kulit novel yang berwarna hijau itu. “Sebarkan Cinta-Mu” ucapku perlahan-lahan. Tiba-tiba hatiku dipagut pelbagai rasa yang bercampur baur. “Ya Allah, aku belum pulangkan novel ini pada pemiliknya.” desis hati kecilku. Helaian novel itu aku selak satu persatu sehingga separuh muka novel tersebut, sepucuk surat berwarna ungu lavender jatuh ke atas riba. Perlahan-lahan jari-jemariku membuka lipatan surat yang masih terlipat kemas. Baris demi baris aku baca perlahan-lahan.
Aku mengeluh perlahan. Terasa sesak dadaku tatkala ini. Pandanganku lemparkan jauh-jauh ke luar tingkap, cuba mencari ruang ketenangan di dalam diri. “Raihanah Safiyyah” bisikku perlahan. Terimbas kembali detik perkenalan ku dengannya yang hanya bermula di sebuah kumpulan di laman sosial terkenal,facebook. Semakin hari hubungan persahabatan kami semakin akrab sehinggakan kami bertukar-tukar buku dan sebagainya. Tambahan pula, sahabat karibku, Hasif Awsam adalah teman sekolah kepada Raihanah Safiyyah. Jadi, lebih mudah untuk kami berhubungan kerana Hasif menjadi ‘posmen-tidak-berbayar’ kami.
Persahabatan kami sememangnya tidak diketahui oleh ibu bapa masing-masing. Fiyya pernah memberitahuku agar tidak terlalu kerap menghubunginya kerana khuatir diketahui oleh ibu bapanya yang amat menjaga perhubungan anak-anak perempuannya. Sejujurnya aku telah memberitahu ibu bapaku mengenai perhubungan kami memandangkan ummiku asyik bertanya siapakah gerangan Raihanah Safiyyah itu. Aku sedar adalah tidak patut untuk aku mendekati seorang perempuan melainkan berniat untuk menikahinya tambahan pula tanpa pengetahuan orang tuanya.
Namun, padaku ketika itu yang masih bersekolah, Fiyya banyak membawa perubahan positif dalam hidupku. Dia sering menasihati aku tidak kira dalam pelajaran mahupun apa sahaja. Hubungan persahabatan kami berterusan sehinga suatu hari abahnya telah menghubungiku dan meminta agar aku tidak menghubungi puterinya lagi. Aku akur dan menghormati permintaan abahnya. Dan disebabkan peristiwa itu juga aku tidak berpeluang untuk memulangkan novelnya yang telah aku pinjam.
“Sungguh tidak amanah kau, Muhammad Rayyan Muslim kerana tidak memulangkan novelnya semula. Pasti dia ternanti-nanti.” desis hatiku. Sungguh, aku masih belum punya kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengannya setelah berlakunya peristiwa itu. Lantas aku teringat akan sesuatu…
Aku tersenyum sendiri sambil mataku kembali menatap novel ‘Sebarkan Cinta-Mu’.
“InsyaAllah, Raihanah Safiyyah…” tuturku semula perlahan-lahan.
“Abang! Jomlah makan. Fiyya dah siap hidangkan masakan kegemaran abang tu…” terdengar suara halus dan lembut isteriku memanggil. Pantas lamunanku terhenti. Aku kembali ke alam nyata.
“Astaghfirullah! Aku mengelamun rupanya.”
“Kenapa ni abang?” soal isteriku seraya tangannya menyentuh lembut bahu kananku. Aku tersenyum manis padanya. Aku tatap wajah suci bidadariku dengan penuh rasa kasih. Aku raih kedua-dua tangan lembutnya dan kugenggam seketika.
“Fiyya, terima kasih sebab sudi menjadi bidadari abang di dunia dan insyaAllah ke syurgaNya… Walaupun dulu kita terpisah bertahun-tahun lamanya tanpa khabar berita mengenai masing-masing, akhirnya Allah menemukan kita kembali dalam sebuah ikatan pernikahan yang halal dan suci. Alhamdulillah, betullah apa yang Fiyya cakap dulu. Rasa manis sebuah kebahagiaan akan dikecapi selepas merasai pahitnya sebuah kekecewaan.” tuturku tulus.
“Apa lah abang ni, tengah-tengah hari ni nak bermadah segala. Hahaha, habis romantik lah tu, Mamat Jiwang! Hahaha, Fiyya gurau aje, jangan kecil hati ye. Abang ni, kan Allah tu The Best Planner Ever? Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Allah dah catatkan seorang Muhammad Rayyan Muslim adalah untuk seorang Raihanah Safiyyah sejak di Lohmahfuz lagi. Fiyya akui memang ‘sakit’ dan ‘pedih’ bila kena hadapi semua tu dulu, tapi rupa-rupanya Allah nak hadiahkan sesuatu yang sangat indah dan bahagia buat Fiyya. Abang tahu tak, Fiyya hari-hari doakan abang sebab Fiyya dah tak contact abang, tak tahu apa-apa perkembangan abang… Fiyya percayakan Allah aje yang boleh jaga abang baik-baik. Abang tu aje yang kedekut nak doakan Fiyya. Bila orang mintak doakan, ada cakap, ‘Hmm, kalau ana ingat lah Fiyya…’ terasa tahu!” jelas Fiyya sambil buat-buat muka merajuk.
“Hahaha, mana awak tahu abang doakan awak ke tak. Kita dah la jauh masa tu, mana awak nampak abang doakan awak ke tak. Abang pegang kata-kata ni…
“Biar tak berhubungan,
Tapi saling mendoakan,
Cukuplah Allah sebagai penghubung”
Abang selalu je doakan awak tapi biarlah abang dan Allah aje yang tahu. Sebenarnya abang ‘tinggal’ Fiyya macam tu aje dulu sebab abang nak hormati permintaan abah Fiyya. Abang juga nak jaga kesucian hubungan kita sebelum kita diijabkabulkan. Abang pun kecewa masa awal-awal jadi macam tu, tapi lama-lama abang dapat terima dan sedar hikmahnya… kalau nak Cinta High Class, kenalah berkorban banyak perkara kan? Tahu tak betapa gementarnya abang masa nak propose Fiyya dekat abah? Rasanya abang dan Allah aje yang tahu. Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya…” terangku perlahan.
“My beloved Imam, Allah akan sentiasa permudahkan perkara-perkara yang baik dan DIA suka, okay? Hmm, abang, dulu janji nak sambung ceritakan Sebarkan Cinta-Mu dekat Fiyya…” Fiyya mula meminta janjiku kepadanya ditepati.
“Yalah, dah terlupa pulak~ Nanti kita buat bedtime story ye sayang. Sehari satu muka surat.” meletus tawaku kuat.
“Ish abang ni, buat lawak pulak.” gumamnya lantas jarinya mencubit lenganku manja. Aku dan Fiyya sama-sama ketawa.
“Ummi. Abi… along lapar…bila nak makan ni?” rengek si kecilku dengan pelatnya di muka pintu bilik kami.
“Syira pun hungry jugak…” sampuk satu suara comel dan manja.
Kedua-dua anak kecil itu berlari-lari mendapatkan ummi dan abinya yang berdiri di tingkap bilik. Segera aku serta Fiyya mendukung anak kembar kami, Muhammad Isyraf Nadhir dan Dianah Basyirah yang baru sahaja berusia tiga tahun.
“Hahaha, jom, jom kita pergi makan ya sayang… Abi pun lapar jugak ni… Ni haa Ummi ikat ayah kat sini…” kataku disambut tawa ummi mereka. Kedua-dua kembar kami hanya tersengih kerana masih belum mengerti apa yang diomelkan aku sebentar tadi.
Sesungguhnya setiap yang telah Allah takdirkan buat kita pasti ada hikmahnya. Mungkin sesuatu yang kita suka itu adalah tidak baik buat kita dan sesuatu yang kita tidak suka adalah yang terbaik buat kita. Allah memang perancang yang terbaik buat selama-lamanya. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa ummi, ayah dan mungkin sahaja doa Fiyya telah mengiri perjalanan hidupku. Kini, aku telah berjaya bergelar seorang doktor seperti yang aku impikan sejak dari kecil. Aku memanjatkan segala kesyukuran kepada Ilahi atas segala kurniaan yang tidak terhingga ini. Benarlah setiap dugaan dan ujian itu sebenarnya terselit seribu hikmah di sebaliknya. Walaupun sukar untukku memiliki hati seorang Raihanah Safiyyah, akhirnya Allah permudahkan jua. Teringat aku pada pesanan seorang ustaz yang mengajar Pendidikan Syariah Islamiah sewaktu di bangku sekolah,
“Hatinya milik Allah. Jika kamu mahukan hatinya, mintalah kepada pemilik segala-galanya iaitu Allah…”
InsyaAllah, hatinya sudah aku miliki, namun amanah dan tanggungjawab yang tergalas di bahuku ini tidak akan ku persia-siakan begitu sahaja. Aku seorang hamba yang masih dalam perjalanan mencari redhaNya, moga sahaja kehadiran bidadari dan permata hati di sisiku dapat membantuku bersama-sama ke jannahNya, insyaAllah…
|
Take Note
ARA AZMAN:)
![]() Facebook ![]() ♥MY DREAMS:) Relationship Status ♥
![]() Blog Archieve♥
Masa Yang Berlalu tak mungkin kembali :)
|